Transformasi Cara Bekerja. Biar AI Gandakan Potensi Pasukan Anda
Urus cabaran operasi dan automasikan tugasan harian dengan penguasaan pelbagai platform AI terkini. Latihan AI komprehensif kami direka khusus untuk mempercepatkan proses kerja, mengurangkan kos pengurusan, dan melonjakkan produktiviti keseluruhan organisasi. Program ini adalah 100% Boleh Dituntut di bawah HRD Corp.
Dipercayai Jabatan Kerajaan & Diiktiraf Oleh:








Dibimbing Terus Oleh Pakar Industri.
Bukan Sekadar Teori.
Di AiGen Academy, kami faham cabaran sebenar di tempat kerja. Lupakan sesi teori yang mengantuk, staf anda akan dibimbing secara 1-on-1 oleh certified trainer kami, terus buka laptop, jalankan aktiviti, dan selesaikan tugasan ofis serta-merta.
✅ Modul custom mengikut keperluan spesifik jabatan & tahap kemahiran staf.
✅ Pembelajaran berasaskan real-world application dengan hasil yang nyata.

Kenapa Pilih AiGen Academy?
Modul 'Tailor-Made' Jabatan
Latihan AI secara praktikal yang disesuaikan mengikut unit sama ada Admin, Kewangan, atau Korporat. Supaya setiap tools AI yang dipelajari boleh terus diaplikasi.
Mesra Pemula (Beginner)
Staf kurang mahir IT? Tiada masalah. Pendekatan 80% hands-on kami memastikan setiap peserta dibimbing step-by-step sehingga mereka betul-betul mahir dan yakin.
Etika & Keselamatan Data AI
Kami bukan sekadar mengajar cara guna AI. Kami terapkan best practices menjaga kerahsiaan data kerajaan dan syarikat semasa melakukan prompting.
Galeri Latihan Berimpak Tinggi Dan Interaktif






Bersedia Memperkasakan Potensi Pasukan Anda?
Jadikan AiGen Academy rakan strategik pendigitalan anda. Hubungi pakar kami untuk sesi konsultasi ringkas, atau terokai senarai penuh modul latihan AI kami untuk rujukan pihak pengurusan anda.






